Sunday, August 30, 2009

LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam.

Monday, August 24, 2009

'Checklist' Amalan di Bulan Ramadhan


artikel ni ak ambil di iluvislam, dengan niat untuk menyebarkan perkara yang baik , bukannya ak ciplak tanpa sebab..... semoga checklist ni dapat kite peraktikkan dalam kehidupan seharian deh..... selamat beramal..

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

MC

salam........ hari ni ak mc lagi...pagi tadi pegi kelas dah, dalam kelas je kepala ak dah pusing... tadi tak jumpa pun lecturer qmt.....dah messege tapi tak reply pun..... emmm tengoklah besok gene, harap-harapnye dapat lah ak amek test tu, kalu tak amek burn 15 markah untuk carry mark... dahla subjek kire-kire ni memang ak payah sikit.... emm besok jugakla ak da presentation bell, gene? memang dah ready, tapi takut time nak present tu yang tak ready,
emmm dah la, banyak sangat cakap kosong, teringat pula blog sorang sahabat ni, dia kata dari tulis2 kosong dalam blog, lebih baik kongsikan ayat quran, da juga faedahnya...... jadi hari ni aku nak kongsi satu ayat :
al rijalu qawwamu na alan nisa'
yang membawa erti : laki-laki itu pelindung bagi perempuan.

jika diperhatikan dan dihayati sepenuhnya ayat ni, tentu kaum2 adam akan mengerti betapa perlunya mereka menjadi pelindung bagi kaum hawa, tapi sayang ... ape yang terjadi pada dunia sekarang adalah yang sebaliknya... lelaki tidak menjadi pelindung tapi sebaliknya menjadikan wanita sebagai mangsa... berita mengenai rogol, bunuh, kekejaman terhadap wanita adalah perkara yang biasa, yang mana hampir setiap hari kite dengar. dimana letaknya kesedaran manusia? dimana hilangnya sifat ambil peduli? kenapa mata yang melihat ditutup seakan-akan tak nampak ape yang terjadi, dan telinga yang ada juga disumbat seolah-olah tak dengar ape2.

ak pernah baca satu artikel, seorang nenek diculik dan disuruh buat oral seks hampir dua jam sehinggalah ada orang yang ternampak kejadian tersebut, dan nenek tu diselamatkan, akibatnya nenek tu diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari.... tapi ape yang terjadi dengan binatang yang melakukan perkara tu? heemmm takde ape yang terjadi... dibiarkan terlepas atau dalam erti kata lain diberi peluang untuk buat perkara yang sama pada mangsa-mangsa lain..

Sunday, August 23, 2009

Bingkai Kehidupan




(Intro. Drum)
Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

perubahan......?


emmmm ari ni ak ada bemsg dengan sorang kawan, ak da mslh dgn dia ni dari dip lagi..... ak tak anggap dia ni menyusahkan , sebab pada ak dia berhak bertanya ape yang dia tak tahu.... tapi yang aku geram nya......... bile sebut aspek perubahan...... katanye nak berubah..... nak dekat dengan Allah.... tapi usahanya sangat kurang. sebaliknya dia nak jadikan aku ni sebagai medium untuk mendapatkan ilmu agama.... bukannya aku taknak.. tapi tau2 je la ak ni berlainan jantina dgn dia.... tak elok laaa, lg baik dia cari yang sama jantina dgn dia untuk mendaptkan ilmu, pada ak tu akan jadi lbih bermanfaat... bukannya ape... cumenye takut2 bile yang berlainan jantina ni nak saling tolong menolong mslh hati pula yang akan terjadi..... aduyaaaaaaaaaai ....... betul, kalu nak kata keje baik, tentang agama,... tapi, kena ingat jugak..iman manusia ni turun naik.... kalu kat bawah lagi dalam dari laut tapi kalu kat atas tak tau pe pula yang jdi ukurannya.
tadi dia kata dah lama tak msg dgn aku, dah takde orang ingatkan tentang agama.... pastu ak pun reply ... ni antara ape yang kitorang borakkan dalam msg: yang tulisan tegak tu aku reply, yang tulisan senget tu dia punya msg.
"rasanye kat kolej da surau, mesti selalu pegi untuk solat jemaah"
"emm tak penah pegi pun walau sekali"
"oh masih tak brubah lagi la, tak sampai masa lagi untuk berubah ye?"
"mcm perli je..if xbrbh pun takpe, xeffect nur pun..yang penting nur dah ingatkan........ tanggunjawab nur dah lpas"
"
memang tak bagi kesan langsung pada nur pun, dan nur memang tak kisah fad nak jadi ape pun... sebab pada nur fad bukan tunggu masa nak berubah tapi fad tak nak berubah"
"hahaha faham pun...if fad nak berubah pun takde yang nak bimbing, sume nak larikan diri ape gunenye? sedangkan nur sendiri cakap kalu belajar ikut buku je sama ibaratnya ikut syaitan..so kena cari seorang yang pandai...tapi if sume bile fad tanya tak berani nak ajar, termasuk ayah angkat sendiri yang mengajar mengaji, so nak berubah cmne?"
"
bila masa nur cakap bljr dari buku mcm ikut syaitan? nur cakap kalu da orang yang mengajar lbih mudah faham,,,,oooo mesti dah satu m'sia cari orang ye,tapi pelik juga surau dekat , mesti banyak orang alim boleh tolong, tapi tak penah pegi pule, rasanya bendahari mpp duduk dkat kolej, orangnya nampak wara', ke dia pun tak nak bantu? emmm ataupun sume ustz dekat uitm melaka dah habis ditanya, tapi takde sorang pun yang berani nak ajr ? emmm susah la nak cakap kalu gitu"
"ok fad, tau fad salah...abaikan r ye..fad minta maaf timbulkan konflik ms bulan puasa ni..aslm.."
"
ha? buat salah ape? da konflik yang timbul ke?xperasan pun. cume satu kesimpulan yang nur boleh bagi, fad usaha tapi tak bersungguh, bktinya mcm tadi, nur provke skit je fad dah elak, npk sgt fad tak mncari orang2 yang nur ckp tadi, agaknya fad nak tunggu sume tu datang sendiri...wslm,"
"ye la nur.. memang fad tak bersungguh2..bagus ar ramai2 lagi yang cakap mcm tu..ye saya tak sungguh2.. saye tak perfect..so what?"
"
so ikutla fad nak buat ape pun, Allah sntiasa bagi ruang pada hambanya untuk berubah.. takde orang laen yang dapat tolong, melainkan diiri sendiri, memng fad tak perfect, nur pun tak perfect . takde manusia yang perfct, melainkan rasulullah s.a.w. berubah bukan untuk buktikan pada manusia tapi untuk allah.manusia sume sama yang membezakan taqwa, buat ape peduli orang kata"

ha itu la ape yang diborakkan, pengakhirannya tak pernah yang baik, mesti mcm ni... mcm mane lagi ak nak tolong... pada aku untuk berubah, kite yang kena cari titik perubahan tu tak kirala sejauh mana pun .. sedangkan dalam quran ada menyatakan dalam surah al nahl ayat 43 " maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." dan ak pernah beri pun pada dia ayat ni....pada ak dia tak memahami sepenuhnya ayat ni, kalaulah dia menghayati ayat ni tentu dia faham.
emm kalu da sahabat yang tersinggah di blog hamba allah yang kerdil ni, minta beri pendapat..jika da kesalahan dalam tulisan minta perbetulkan..

Saturday, August 22, 2009

RAMADAN yang dinanti dah tiba



ramadan menjelma lagi, gembira rasanye sebab aku masih lagi diberi kesempatan dariNya untuk beribadah dibulan yang mulia ini............ emm blog ni baru lahir hari ni, iaitu pada 1 ramadan... ape yang menariknya blog ni tercipta di bulan yang berkah ni??? emm aku pun tak pasti.. yang pastinya, aku terasa diberi nyawa yang kedua... setelah 3 hari badan ni tak berdaya, alhamdulillah aku dapat menikmati indahnya hari pertama ramadan ni..emmmmmm seperti tahun2 yang lain, hari pertama ramadan tidak dengan family, takpelah.... mungkin ada hikmahnya.. kalau aku balik karang, mau tak datang dah bandar melaka ni..di bulan yang berkah niape yang ingin aku gapai, yang ingin aku kejar ialah malam lailatulqadar... subhanallah..... andailah aku terpilih menjadi salah seorang yang dapat menyaksikan malam tersebut, tak tergambar dek kata2 ape yang dirasa..
aku ada terbaca sebuah blog sorang sahabat ni, ramadan tu ibaratnya, waktu pepagi sangat da sorang yang pakai baju putih datang rumah kita, bawe hadiah banyak sangat, tapi kite buat derk je kat die, ajak masuk rumah pun kite buat macam nak tak nak je, dalam masa yang sama kita sibuk buat persiap untuk sorang lagi yang nak datang rumah kita, kita pasang semua yang baru, tapi orang yang bawak hadiah banyak tadi kita ignore je....bayangkan perasaan orang tu... emm tu diibaratkan sebagai ramadn yang kita tak hargai... dibulan ramadan sepatutnya kite buzy dengan beribadat, berzikir...tapi ada antar kita yang 1 ramadan lagi dah buat baju raya, dah masak kueh raya..... emmmm renung2kan sejauh mana kite menghargai bulan yang berkah ni... andai ada yang tersinggah di blog ak ni.... kalu ada yang tersilap @ terkurang , boleh la tolong tambahkan....ak pun baru belajar nak menulis, masih sumbang gerak tari jari jemari aku ni.... salam